MENARIK MENGENAI KEJAYAAN ...UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ATAU STPM (SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA) ATAU DIPLOMA
(Jika berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk menjadi Mahasiswa/ Mahasiswi dalam program diploma dan sarjana muda yang ditawarkan sila lihat dalam website http://msuintake.blogspot.com atau hubungi/sms amran 012 3791 871 @ 017 68 42 836)
UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:
NAMA : AMRAN
TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836
Email: universityintake@counsellor.com
Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran
diminta untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, DAN NAMA KURSUS DIPLOMA atau SARJANA MUDA, ALAMAT EMAIL JIKA ADA> yang hendak diambil,kepada En AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi En AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KOLEJ ATAU UNIVERSITI bolehlah menghubung En AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya...
MOTIVASI BELAJAR MENARIK
Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar.
Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya.
Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang
ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku,
jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku,
jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya
belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama
sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama
sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa
kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
—
1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
“Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~
Selepas program yang biasa saya jalankan bersama pelajar, biasanya akan ada pelajar yang datang meminta tandatangan dan kata-kata semangat. Disebabkan kesuntukan masa, saya pilih mutiara kata paling ringkas dan paling bermakna buat saya. Mutiara kata itu ialah apa yang tertera di atas.
Ada juga antara pelajar yang menerima mutiara kata ini bertanya kepada saya apakah sebenarnya maksud kata-kata ini. Jawapan saya ialah jika sesuatu yang kita hendak capai itu begitu sukar, banyak masalah dan penuh cabaran, ia bermaksud perkara itu adalah satu matlamat yang sangat bermakna dan berharga buat kita. Seperti kata sifu saya Rizal Hassan, kalau kita main bola tanpa pihak lawan, tentu kita boleh menang 100-0 tanpa masalah tetapi itu tidak akan mendatangkan kepuasan kepada kita.
Ada yang keliru dan menyangka bahawa kalau kita ada sesuatu impian yang besar, tentu ia sukar untuk dicapai. Mudahlah lemah semangat dan hilang motivasi nanti. Bukan begitu cara untuk memikirkannya. Mutiara kata ini digunakan semasa kita terasa penat apabila menghadapi masalah dan cabaran semasa ingin mencapai matlamat. Sebagai contoh, katakan anda mahu mendapat ‘Straight A’s ‘ pada tahun2009. Kemudian semasa belajar dan mengulangkaji, anda rasa ia begitu susah hingga anda tertekan dan benci kepada apa yang anda belajar. Ketika ini, bagus jika anda ingat mutiara kata ini. Kata kepada diri anda, “kalau susah macam ni, hasilnya pun mesti besar juga.”
Jangan gunakan mutiara kata ini semasa anda hendak mula meletakkan matlamat. Sebagai contoh, anda mahu letak matlamat sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah, kolej atau universiti anda. Ini merupakan satu IMPIAN yang sangat besar dan bermakna buat anda. Namun, anda terfikir, “kalau besar impian, besar jugalah halangannya nanti.” Jika berfikir begini, anda pasti mudah lemah semangat dan mengalah.
Anda perlu ingat, susah atau senang bergantung kepada apa yang minda anda sedang fokuskan. Apabila disuruh bangun awal pagi untuk ke sekolah atau kelas, anda mungkin merungut dengan perkataan ‘susah’ atau ‘mengantuk’. Ini kerana anda sedang fokus kepada beban bangun pagi dan perasaan mahu lawan rasa mengantuk. Namun jika perlu bangun pagi untuk pergi lawatan ke luar negeri atau ada pertandingan sukan yang anda minat, langsung anda tidak merungut. Malah anda bangun dengan perasaan sangat ceria. Ini kerana minda anda sedang fokus kepada keseronokan pergi melawat atau menyertai pertandingan sukan tadi.
Jadi, setiap kali anda hadapi kesukaran, masalah dan cabaran semasa mahu mencapai IMPIAN anda, fokuskan minda anda kepada keseronokan yang bakal anda kecapi tidak lama lagi.
“Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan~
Kata-kata ini adalah antara mutiara kata yang pertama yang saya hasilkan. Semasa saya menulis mutiara kata ini, saya masih baru di dalam bidang yang saya ceburi ini dan masih terlalu banyak cabaran dan halangan yang saya hadapi. Saya masih ingat lagi ketika tahun pertama saya mula memberi ceramah dan latihan tentang teknik belajar dan di sekolah dan universiti. Program saya yang pertama ialah pada bulan Mac 2005. Ketika itu saya diminta menyampaikan program selama 4 jam di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.
Masih saya ingat betapa saya rasa berdebar sepanjang malam sebelum program. Saya rasa saya luangkan lebih 8 jam berada di depan komputer di pusat tuisyen saya untuk menyediakan bahan yang mahu disampaikan. Apabila sampai di sekolah rendah itu pula, sesekali terasa jantung saya seperti mahu meletup. Padahal yang bakal hadiri program itu cumalah pelajar sekolah rendah. Saya benar-benar berada di luar zon selesa saya ketika itu.
Selain daripada halangan rasa berdebar dan kurang pengalaman, saya juga hadapi cabaran dari segi kelengkapan. Saya baru bermula. Duit belum ada untuk membeli laptop. Saya dengan berhati-hati mengeluarkan duit untuk membeli pendrive dan mengharapkan agar pihak sekolah dapat menyediakan laptop untuk saya gunakan. Cabarannya di sini ialah selalunya laptop sekolah terlalu tidak boleh dijangka masalahnya. Sebagai contohnya, selalu hasil kerja powerpoint saya berkecamuk akibat setting laptop yang berlainan versi perisian dan selalu juga video klip yang saya bawa tidak boleh dipasang dengan baik. Akibatnya, presentation saya sentiasa menghadapi risiko menjadi presentation yang tidak kemas dan baik.
Pernah sekali disebabkan terlalu mahu menyampaikan presentation yang baik tanpa perlu bergantung kepada laptop pihak sekolah atau penganjur program, saya bawa ‘CPU’ komputer saya ke tempat program. Ya, CPU komputer. Orang jinjing laptop, saya pikul CPU. Bukan pikul begitu sahaja, saya terpaksa menyorok-nyorok agar peserta dan guru tidak terlihat apa yang saya pikul itu. Ketika itu program dijalankan di luar sekolah, jadi ada peluang saya bawa masuk CPU itu ke tempat program tanpa guru dan pelajar sedari.
Hari ini saya tersenyum sendirian mengenangkan kenangan dan pengalaman itu. Apabila saya lihat saya bawa 2 laptop ke program yang saya jalankan kini, cabaran itu semua tadi adalah hanya cabaran-cabaran kecil yang beratur di depan saya. Saya benar-benar percaya bahawa semakin besar dan bernilai impian kita, semakin besar juga jenis halangan dan cabaran yang bakal kita tempuh. Namun tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana semua cabaran itu pasti dapat kita atasi.
Jadi, apa kata hari ini anda lihat senarai matlamat yang ingin anda capai. Jika matlamat itu mempunyai halangan yang sangat besar, ia bermaksud matlamat itu merupakan satu impian dan keinginan yang sangat bermakna buat anda. Namun jika matlamat itu boleh dan mudah dicapai tanpa halangan yang mencabar, ia mungkin hanya kemahuan kecil yang tidak mengecewakan jika anda tidak mencapainya.
Selamat mencapai IMPIAN!
Ada beberapa soalan untuk anda dan saya fikirkan mengenai kejayaan.
1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?
2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?
3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?
4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?
Soalan terakhir,
5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jika saya mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?
(Gambar diatas diambil daripada program terbaru saya bersama kakitangan Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Entah kenapa gambar ini memberi seribu satu maksud tentang kejayaan. Cuba anda sendiri perhatikan gambar ini dan fikirkan maksud yang dapat anda faham tentang kejayaan. Jika sudi, kongsikan apa yang anda faham itu di sini)
Sabtu lalu saya berpeluang mengendalikan satu slot yang bertajuk ‘Emotional Intelligence Management’ kepada para pensyarah dan kakitangan pentadbiran Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Slot ini disertakan ke dalam Bengkel peningkatan produktiviti dan Hari keluarga ATMA ke-8 yang dijalankan di Port Dickson.
Kenapa saya berikan tajuk seperti di atas ya untuk posting ini?
Hmm… macam ni.
Setelah saya kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai Emotional Intelligence kepada para peserta program tersebut, hati saya merasa sangat tenang dan selesa dengan maklum balas yang saya terima daripada mereka. Peserta ini semua kelihatan ceria, sangat berminat untuk belajar, bersungguh-sungguh ingin tahu dan banyak memberi soalan ikhlas untuk menambahkan pengetahuan mereka.
Setelah selesai program, barulah saya tahu rupa-rupanya peserta saya ini semua kebanyakan berpangkat Professor dan Dr. Malah ada yang berpangkat Dato’ dan Datin. Ada yang sudah bergelar pensyarah dan menyertai UKM sewaktu saya belum lahir lagi!
Ini membuktikan satu perkara kepada saya. Orang yang benar-benar berilmu sangat merendah diri semasa mempelajari sesuatu. Sebab itulah mereka mudah untuk menguasai sesuatu ilmu. Walaupun peserta saya ini semua mempunyai ilmu yang jauh lebih tinggi daripada saya, mereka tetap berminat dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu yang saya kongsikan bersama mereka.
Alangkah hebatnya kalau kita semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Jika cara ini diamalkan oleh kita semua, proses menimba ilmu pasti menjadi sesuatu yang sangat mudah. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Saya benar-benar kagum dengan mereka!
Pengalaman ini memberi kita beberapa pengajaran. Insyaallah sehari dua ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimanakah sifat dan sikap para peserta saya in dapat membantu kita semua mempelajari sesuatu dengan cepat.
p/s Terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti sesi saya pada Sabtu lepas. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat turut serta dalam majlis tersebut terutama sekali acara hebat pada waktu makan malam.
“Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.” Robert F. Kennedy.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm… ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Meskipun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mahu capai sesuatu tetapi takut jika anda gagal? Adakah anda takutkan kegagalan hingga anda takut dan tidak mahu mencuba? Mungkin anda mahu menulis buku tetapi takut jika ia tidak mendapat sambutan. Mungkin anda mahu memasuki mana-mana pertandingan tetapi anda takut kalah kerana terlalu ramai peserta hebat menyertainya. Mungkin anda mahu berkenalan dengan seseorang yang begitu menarik perhatian anda tetapi anda takut jika dia tidak berminat untuk kenal lebih rapat dengan anda.
Walau apa pun situasinya, mutiara kata ini mengingatkan kita bahawa jika kemungkinan untuk kita gagal itu begitu besar dan hebat, kemungkinan untuk berjaya juga begitu besar dan hebat. Selamat mencuba untuk mencapai apa-apa sahaja yang anda inginkan.
Tue 30 Oct 2007
“…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…” Azizi Ali.
Sepanjang hari Sabtu lepas, semasa program Wealth Summit berjalan, saya berpeluang mendengar dan belajar banyak perkara daripada jutawan hartanah (abang Azizi Ali) yang agak terkenal di Malaysia ini. Seronok saya mendengar kisah-kisah dan pengalaman hidup beliau dalam menuju kejayaan. Bagi saya, beliau adalah satu contoh kejayaan yang boleh kita ikuti.
Hampir di akhir perbualan kami (ketika itu sudah lebih kurang pukul 8.15 malam dan saya sudah berada di Midvalley megamall sejak pukul 7.30 pagi tadi!), entah bagaimana abang Azizi menceritakan tentang falsafah kejayaannya. Falsafah itu adalah apa yang saya tuliskan di atas. Menurut beliau, kejayaannya ialah kerana dia sanggup melakukan sesuatu yang tidak selesa dilakukan. Benar, membaca buku tidak menyelesakan, tetapi beliau lakukan demi kejayaan. Belajar perkara baru adalah tidak menyelesakan tetapi beliau tetap lakukan dmei kejayaan. Akhirnya, kejayaan menjadi milik beliau walaupun kata beliau “saya bukanlah orang yang paling bijak, yang paling kacak atau yang paling menonjol dikalangan kawan-kawan sekolah dahulu.”
Bagaimana dengan anda? Adakah anda sanggup lakukan sesuatu yang tidak menyelesakan untuk berjaya? Kebanyakan pelajar merungut kerana terpaksa bangun pagi untuk pergi ke kelas. Tidak selesa bukan? Tetapi, jika anda benar-benar mahu berjaya, anda perlu lakukan perkara yang tidak selesa itu.
Kebanyakan pelajar juga merungut kerana terpaksa belajar banyak subjek. Ia tidak mudah dilakukan bukan? Namun, jika anda mahu berjaya, perkara yang sukar dilakukan itu perlu dilakukan juga agar satu hari nanti anda akan mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha anda tadi. Saya ucapkan selamat berjaya.
Hari ini saya paparkan satu sumbangan daripada pelawat blog ini yang merupakan satu komen kepada mutiara kata yang saya paparkan satu ketika dulu. Terima kasih Muliyadi atas pandangan dan hasil tulisan yang baik ini.
(Ini adalah mutiara kata yang saya paparkan)
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.
(Ini adalah komen Muliyadi)
Assalamualaikum.
Saya ada menulis satu mutiara kata yang hampir sama seperti mutiara kata di atas. Moga dapat dikongsi bersama.
SERIBU JALAN, SEJUTA ALASAN
Oleh
Muliyadi Guliling
“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”
Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka. Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah
Apa nak buat nie?
Di mana aku letak duit aku tadi?Boleh bayar guna kad kredit tak?
Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
Hutang dululah. Kemudian baru bayar.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya mungkin seperti di bawah:
Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya. A lebih senior. A lebih berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.
Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.Terima kasih.
SERIBU JALAN, SEJUTA ALASAN
Oleh
Muliyadi Guliling
“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”
Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka. Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah
Apa nak buat nie?
Di mana aku letak duit aku tadi?Boleh bayar guna kad kredit tak?
Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
Hutang dululah. Kemudian baru bayar.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya mungkin seperti di bawah:
Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya. A lebih senior. A lebih berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.
Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.Terima kasih.
“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard
“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.
Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di masa hadapan?
Mesej utama mutiara kata ini ialah masa lepas anda bukanlah kayu pengukur tahap kejayaan yang bakal anda kecapi di suatu masa akan datang. Jika semua ahli keluarga anda tidak berpendidikan tinggi, ia tidak bermakna anda akan ikuti jejak langkah yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda dan saudara mara anda bersifat panas baran dan mudah hilang sabar, ia tidak bermakna anda juga begitu.
Masa lepas atau silam adalah sesuatu yang sudah berlalu. Jika anda mahu berjaya di masa akan datang, fikirkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda mahu capai itu dan mulakan cara hidup seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan itu tadi.
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.
Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman Affan~
Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.
- Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
- Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
- Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau�yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.
Selamat menuntut ilmu.
“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”
Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal….. dan bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm…. tentu anda boleh bayangkan apa rasanya….. ini ada satu petua�yang sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar “you are what you think about”, maksudnya anda adalah apa yang anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kepada ayat ini, “you attract to you what you think about”, maksudnya, anda tarik ke dalam hidup anda apa-apa sahaja yang anda fikirkan.
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan benci, anda pasti akan jumap semua benda yang membuat anda rasa benci dan marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus ada mulakan hari anda?
Disinilah asalnya mutiara kata saya�ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam�hati�anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.
Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).
Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….
“When the going gets tough, the tough gets going”
Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.
Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan�kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.
Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa�belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda……
Anda adalah orang yang sangat malang jika……
- �� 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana� berada di tengah jalan anda…..
- �� 2. Anda terlewat bangun pagi�dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
- �� 3.�Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
- Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
- Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
- Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
- Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
Anda sangat malang kerana….�jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……
Tags
MOTIVASI