MENARIK MENGENAI KEJAYAAN ...UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ATAU STPM (SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA) ATAU DIPLOMA
(Jika berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk menjadi Mahasiswa/ Mahasiswi dalam program diploma dan sarjana muda yang ditawarkan sila lihat dalam website http://msuintake.blogspot.com atau hubungi/sms amran 012 3791 871 @ 017 68 42 836)
UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:
NAMA : AMRAN
TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836
Email: universityintake@counsellor.com
Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran
diminta untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, DAN NAMA KURSUS DIPLOMA atau SARJANA MUDA, ALAMAT EMAIL JIKA ADA> yang hendak diambil,kepada En AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi En AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KOLEJ ATAU UNIVERSITI bolehlah menghubung En AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya...
Kugenggam Sebuah Kejayaan
Di daerah sunyi, sepi tenang dan bening memukul perasaan. Kayangan (1990), masih lagi mengejar makna kemajuan untuk mengisi kemerdekaan yang ditinggalkan bersama perjuangan yang belum selesai setelah tercatat berbagai peristiwa suka duka dalam lipatan sejarah negara. Embun pagi menitis bersama kedinginan mengajak ketenangan berpaut untuk memberikan ceria alam tika sang mentari mula menampakkan wajahnya. Kokokan ayam dan siulan unggas-unggas bersahutan menunaikan tugas seharian mengejutkan alam lena yang panjang. Cermin mimpi mula berderai menghadapkan makna realiti yang perlu ditempuhi oleh setiap insan di dunia ini.
Di pembaringan, kedinginan masih lagi menyucuk seluruh tubuh namun kugagahi jua untuk bangun demi suatu perjuangan. Selepas mengucap syukur kepada Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur dan aku terus berdoa semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Itulah yang dikatakan orang-orang yang berjaya. Akan aku usahakan agar segala usaha dan bakti yang aku curahkan akan membuahkan hasilnya. Pesan mak yang masih lagi segar dalam ingatanku, “Anakku, mengertilah bahawa kau mesti rajin belajar. Kerana sesungguhnya kalau kita berharta maka kita perlu menjaga harta tersebebut, akan tetapi sekiranya kita berilmu maka ilmu itu akan menjaga kita. Zaman kami dengan zaman kamu tidak sama. Dulu masa kami belajar, kami berjalan kaki berkilometer semata-mata hendak ke sekolah. Buku-buku memang tak mampu nak beli. Belajar pun di bawah pelita minyak tanah. Sekolah tak ada kipas, panas...!!! tapi kami tetap belajar untuk mencari ilmu.” Mak... susahkan orang-orang dulu belajar dan mencari ilmu !!!. Tentu banyak pengorbanan yang mak buat masa kecil dulu. Cerita mak lagi, pensil dulu tak ada pensil tekan, kalau diasah dan menjadi semakin pendek disambung dengan buluh supaya masih boleh digunakan. Jalan nak ke sekolah dulu tak ada tar.... jalan tanah merah. Kasut kalau putih dah bertukar menjadi merah. Setahun sekali nak tukar kasut pun susah. Koyak rabak sana sini tapi masih lagi setia dikaki mengatur langkah ke sekolah. Kalau hujan terpaksa isi kasut dalam plastik dan pakai selipar ke sekolah. Susah-payah zaman dulu. Syukur, zaman ini zaman moden. Tak perlu jalan kaki ke sekolah, tak perlu susah payah isi minyak gas dalam pelita nak baca buku, ada TV, ada komputer, ke sekolah pun ada basikal tak pun orang hantar dengan motor atau kereta dan banyak lagi kemudahan yang dinikmati. Yang perlu kita perlu bersedia untuk menjadi seorang pelajar dan bersedia untuk diajar.
Sarapan pagi nasi lemak, roti kaya dan kuih-muih dah tersedia bersama wang belanja harian di meja makan. Teringat cerita mak, “Dulu mak pergi sekolah bekalnya ubi rebus dengan air teh. Kadang-kadang kalau tak bawa bekal, waktu rehat minum air paip kat sekolah sebab tak ada duit belanja. Balik baru makan nasi kat rumah. Lauknya kadang-kadang ikan masin, kadang-kadang telur dan kadang-kadang dengan kicap sahaja.” Mak tenang bercerita kepadaku sedang aku dapat melihat derita dari sinar matanya. Terasa amat berbeza dulu dan sekarang. Kata mak lagi “ belajarlah rajin-rajin. Mak tak mahu kamu susah dikemudian hari nanti.” Sebelum pergi sekolah aku cium tangan mak dan ayah sambil mengucapkan salam kepada mereka berdua sambil memohon keredhaan mereka. Aku ingat pesan cikgu yang menyuruh aku berbuat demikian kerana doa ibu-bapa adalah rahsia utama kejayaan kita. Masih kukuh diingatanku dengan kata-kata yang tersangkut di dinding kantin sekolah “Harapan bonda, insyaAllah tetap akan kami tunaikan”. Mak, anakmu berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Dan aku berdoa agar aku akan berjaya dalam perjuangan aku ini. Basikal kukayuh dengan semangat membara memburu kejayaan dihari muka. Sekolah memang tak jauh dari rumah tetapi aku lebih selesa berbasikal. Ramai rakan-rakanku dihantar oleh ibu-bapa mereka. Susah payah mereka demi untuk melihat si anak mampu menggenggam harapan yang tercipta. Kami riang menikmati suasana pagi dikeceriaan alam suasana desa yang bisa menggamit seribu satu macam nostalgia disuatu hari kelak. Kufikirkan dimasa hadapan segala-galanya pasti berubah kerana aku telahpun menikmati limpahan lampu elektrik berbanding dulunya hanyalah kerdipan pelita minyak tanah.
Rakan-rakanku ramai yang sudah tiba awal. Pengumuman keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan pada hari ini. Debar hatiku menunggu akan detik itu, begitu juga wajah sahabat-sahabatku yang lain. Masing-masing cuba meredakan debar dengan berbual-bual dan bertanyakan khabar masing-masing dan aktiviti semasa cuti sekolah. “Berusahalah, tiada jalan pintas untuk berjaya, ramai orang yang berjaya menempuh berbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya mendaki sehingga ke puncak”, pesan guru kelasku sewaktu mula-mula masuk di dalam tingkatan 3. “Rancanglah proses pembelajaran kamu kerana orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal”, bergema lagi nasihat guru dimindaku. Tika kita berbicara tentang cita-cita kau berpesan “Letakkan cita-citamu ditempat yang tinggi agar orang lain tak dapat mencapainya, hanya kita yang akan menentukan nasib diri kita. Bukan orang lain tapi kamu ...!!! Percayalah pada diri sendiri yang kamu memang boleh berjaya...!!! ”. Cikgu, nasihatmu kusemat dalam diri menjadi azimat untuk berjaya. Mak, abah dan cikgu, aku telah berusaha bersungguh-sungguh dan mengikut segala nasihatmu. Buku-buku pelajaran telah aku baca sebaiknya disamping buku-buku tentang belajar cara untuk belajar. Doa telah kupanjatkan setiap waktu kepada Ilahi semoga apa yang aku lakukan diberkati. Berjaya atau gagal aku disini bukanlah bererti aku akan gagal selamanya. Tetapi, aku juga ingin keluar dari kepompong ini untuk aku lihat dunia luar. Aku mesti pergi demi mengobarkan cita-cita dan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Ramai orang sudah mula berbaris di hadapan pejabat untuk mengambil keputusan masing-masing. Ada yang berwajah ceria dan ada yang muram apabila keluar dari pejabat. Aku...??? Debar menanti dengan penantian itu suatu penyiksaan. “Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan semoga usahaku selama ini berbalas dengan kejayaan.” Tiba giliran aku untuk mengambil keputusan, dadaku berdebar-debar dan tanganku menggigil menyambut slip keputusan peperiksaan yang dihulurkan. Mataku bingkas membaca setiap baris yang tertulis. “Alhamdullillah...” terpacul syukur tanpa sedar bersama titis air mata kegembiraan. Terasa lembut tangan menyentuh bahuku. “Tahniah, kau telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Cikgu bangga dengan kejayaanmu, muridku yang nakal.” Kepeluk erat guruku, "maafkan saya cikgu dan terima kasih kerana mendidikku menjadi manusia.” Rakan-rakanku mula mengerumuni cikgu dan masing-masing saling menunjukkan keputusan yang diperolehi. Kepuasan tertera di wajah kerana setiap usaha telah diterjemahkan maknanya dengan keputusan peperiksaan ini. Kami berjanji kepada diri sendiri untuk meneruskan perjuangan ini kerana masih banyak lagi jalan berliku yang harus ditempuhi. Mak, abah, cikgu-cikgu dan rakan-rakanku terima kasih atas segala pengorbanan dan kini kejayaan dalam genggamanku.
Tags
MOTIVASI