Tingkatkan standard dan kualiti pengajaran



PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEGI UNIVERSITY COLLEGE  TELAH DIBUKA SEKARANG

UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SURAT

TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA 

HUBUNGI:

NAMA : AM

TEL : 017-6842 836

Email: segiintake@gmail.com






Tingkatkan standard dan kualiti pengajaran


Posted on November 1, 2012, Thursday

Muhyiddin saran guru prasekolah KEMAS dan JPNIN mengikuti diploma pendidikan awal


MINGGU KEBANGSAAN: Muhyiddin bergambar kenangan dengan kanak-kanak dari Tadika Peter & Jane selepas merasmikan Minggu Kebangsaan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyarankan guru prasekolah KEMAS dan Jabatan Perpaduan Nasional dan IntegritiNegara (JPNIN) supaya mengikuti Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagimeningkatkan standard dan kualiti pengajaran di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri berkata saranan itu bagi membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kecekapan dalam bidang yang diceburi, seperti mana syarat yang ditetapkan
Kementerian Pelajaran kepada guru prasekolah yang perlu mempunyaiijazah dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata untuk itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah antaranya membenarkan mereka membuat pinjaman denganPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Dengan ini, adalah diharapkan bahawa guru prasekolah KEMAS dan JPNIN jugaakan mencapai taraf seperti guru prasekolah dalam masa terdekat bagi memastikanstandard dan kualiti guru adalah setara merentasi semua pusat asuhan danprasekolah.
“Dalam hal ini, saya menyarankan para guru mengikuti sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Kanak-Kanak di mana kerajaan juga sentiasa mengkajibagaimana dapat membantu merealisasikan aspirasi itu,” katanya ketika berucapmerasmikan Minggu Kebangsaan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) disini semalam.
Hadir sama Presiden Majlis ECCE Datuk Dr Chiam Heng Keng.
Muhyiddin berkata bagi meningkatkan lagi kualiti asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, Kementerian Pelajaran dan Majlis ECCE sedang membangunkan standardkualiti untuk taska dan prasekolah.
Program pentaksiran kendiri itu bertujuan membantu pusat berkenaan mencapai tahap kualiti yang dikehendaki dalam memastikan minda kanak-kanak berkembang danmencapai perkembangan holistik, katanya.
Beliau berkata penaksiran itu bukan bertujuan ‘menghukum’ mana-mana taska atau prasekolah, sebaliknya untuk membantu mengenal pasti aspek yang perludibaiki dan jurang perkhidmatan yang perlu dirapatkan.
Bagi meningkatkan kualiti guru prasekolah swasta yang dianggarkan hanya tiga peratus yang memiliki diploma atau ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanaksekarang, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi KementerianPelajaran telah mengambil inisiatif menyediakan kursus selama tiga minggu, secara percuma, bagi semua guru prasekolah daripada sektor swasta.
“Menjelang akhir tahun ini, Kementerian Pelajaran menganggarkan seramai 20,000 guru prasekolah akan dilatih melalui kursus ini,” katanya. — Bernama


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/01/tingkatkan-standard-dan-kualiti-pengajaran/#ixzz2LJwoQxe8
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال