PROMOSI MENARIK UNTUK MASUK DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI SEGI UNIVERSITY COLLEGE


92 peratus sasaran kanak-kanak ke pendidikan awal tahun 2015



PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEGI UNIVERSITY COLLAGE AMBILAN  2013 TELAH DIBUKA SEKARANG.

UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AM

TEL : 017-6842 836

Email: segiintake@gmail.com


October 31, 2012
Muhyiddin berkata akses ke pra-sekolah bukanlah tanggungjawab kementerian pelajaran semata-mata. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Kerajaan mensasarkan kadar kemasukan kanak-kanak ke pendidikan awal pada kadar 92 peratus menjelang tahun 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin, di bawah Program Transformasi Ekonomi, dengan mengambil kira keperluan setiap kanak-kanak, mereka berhak menerima asuhan dan pendidikan yang berkualiti.
“Pada tahun ini, pencapaian akses kanak-kanak ke pendidikan pra-sekolah adalah sekitar 87 peratus, dan kita mensasarkan 92 peratus menjelang tahun 2015,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran Minggu Kebangsaan Asuhan dan Pendidikan Awal 2012 di Bukit Kiara Convention Centre hari ini.
Muhyiddin berkata akses ke pra-sekolah bukanlah tanggungjawab kementerian pelajaran semata-mata, tetapi kementerian luar bandar melalui KEMAS dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Negara juga membina banyak kelas pra-sekolah, terutamanya di luar bandar dan kawasan miskin dalam bandar.
Kerajaan juga sedang membina permuafakatan dengan beberapa syarikat swasta melalui program Ramping Early Child Care and Education, di bawah inisiatif Program Transformasi Ekonomi.
“Kerajaan percaya bahawa akses kepada asuhan dan pendidikan awal sahaja tidak mencukupi. Kualiti dalam penyampaian adalah aspek yang sangat penting sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif ingin ditekankan.
“Oleh itu, saya bersetuju dengan pendapat Network of Experts in Social Science of Education and Training dalam laporan mereka, pendidikan awal adalah pelaburan yang baik jika ia mempunyai kualiti yang tinggi.
“Penjagaan yang rendah mutunya akan mencipta banyak keburukan kepada pembangunan jatidiri kanak-kanak tersebut,” katanya lagi.
Dianggarkan pada masa kini, hanya 3 peratus guru pra-sekolah di sektor swasta memiliki diploma dan ijazah dalam pendidikan awal, sementara tabg lain mempunyai latihan di tempat kerja atau telah menyertai kursus pra-sekolah yang tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
“Dalam hal ini, saya menyarankan para guru mengikuti sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak, dan dalam masa sama kerajaan akan sentiasa membantu guru merealisasikan hasrat ini.
“Baru-baru ini, Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional telah membenarkan sesiapa yang ingin mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan ini merupakan satu inisiatif yang baik.
“Kementerian Pelajaran pula telah mengambil inisiatif menyediakan satu kursus selama tiga minggu bagi memastikan kualiti yang baik untuk para guru pra-sekolah,” katanya lagi.
Muhyiddin berkata kerajaan juga prihatin dengan keperluan sektor ini, di mana pada tahun lepas dan tahun ini, peruntukan sebanyak RM3 juta telah diberi setiap tahun sebagai subsidi Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak untuk menjadi pengasuh Taska, dimana subsidi ini membolehkan mereka menjadi pengasuh “berdaftar”.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/92-peratus-sasaran-kanak-kanak-ke-pendidikan-awal-tahun-2015
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال