Setara ’11-SEGi University

PROMOSI MENARIK KEMASUKAN KE SEGI UNIVERSITY

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan surat tawaran SEGI UNIVERSITY COLLEGE  DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT EMAIL DAN NAMA KURSUS> yang diambil, sama ada diploma atau  sarjana muda atau tahun asas kepada AMRAN, TEL : 012-3791 871 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AMRAN, TEL : 012-3791 871 Atau emailkan kat universityintake@counsellor.com

13 IPTA Antara 35 IPT Diiktiraf Cemerlang
SHAH ALAM: Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan antara 35 institusi pengajian tinggi (IPT) yang diberi pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 (Setara ’11).
IPTA yang disenaraikan cemerlang adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
IPTA lain yang turut mendapat penarafan cemerlang ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sebanyak 22 universiti dan kolej universiti turut menerima penarafan tahap cemerlang.
IPTS berkenaan adalah Asia Pacific University of Technology and Innovation, Binary University of Management and Entrepreneurship, Curtin University of Technology Sarawak Campus, Cyberjaya University College of Medical Sciences, International Medical University, Infrastructure University Kuala Lumpur, Management and Science University, Monash University Sunway Campus, Multimedia University, Nilai University, Open University Malaysia, SEGi University, Sunway University, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Taylor’s University dan University of Nottingham Malaysia Campus.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Setara bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kebertanggungjawaban dan prestasi universiti dan kolej universiti di Malaysia.
“Ia merupakan antara inisiatif berterusan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk menerapkan budaya penambahbaikan kualiti berterusan serta meningkatkan daya saing IPT di negara ini.
“Fokus Setara ’11 adalah kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam (peringkat Ijazah Pertama) Kerangka Kelayakan Malaysia yang dijalankan universiti dan kolej universiti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Ulang Tahun Kelima Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata, Setara ’11 merupakan penarafan kali ketiga dilaksanakan selepas penarafan pertama melalui Setara 2007 dan penarafan kedua melalui Setara ’09, dan penarafan kali ini turut melibatkan IPT yang melaksanakan pendidikan secara terbuka dan jarak jauh (ODL).
“Instrumen Setara ’11 terbahagi kepada tiga aspek iaitu input (20 peratus), proses (40 peratus) dan output (40 peratus) dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaiannya melibatkan 26 kriteria dan 62 indikator yang secara amnya adalah hampir sama dengan instrumen Setara ‘09,” katanya.
Menurut Mohamed Khaled, pencapaian IPT dikategorikan kepada enam tahap dengan tahap enam iaitu 'Terbilang' sebagai tahap tertinggi dan tahap satu iaitu 'Lemah' sebagai paling rendah.
"Sebanyak 16 universiti dan kolej universiti menduduki tahap empat iaitu sangat baik, dan hanya sebuah universiti pada tahap tiga (Baik).
"Tiada universiti atau kolej universiti yang mencapai tahap Terbilang dan juga dikategorikan pencapaiannya pada tahap dua iaitu memuaskan dan tahap satu (Lemah)," katanya.
Setara ’11 dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Source: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2012%2F11%2F1%2Fmstar_berita%2F20121101222322&sec=mstar_berita
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال