CERITA MENARIK PROGRAM TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN


PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 

Atau emailkan kat ammarmaju@yahoo.com

untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program
yang ditawarkan di Segi University College termasuk Diploma Teknologi Makmal Perubatan.


MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) bekerja dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di makmal ini, JTMP menjalankan analisis darah, cecair badan, sel-sel dan tisu. Tugas mereka ialah membantu para doktor menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang tepat.JTMP membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan.


Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Subjek-subjek:
Sains asas - Biologi, Kimia, Anatomi, Imunologi, Biostatistik
Sains perubatan - Biokimia klinikal, Mikrobiologi Perubatan, Hematologi, Sains Transfusi Darah, Sitologi & Histologi dan lain-lain lagi.

Apa yang anda belajar dalam Program “Medical Laboratory Technology” ini?



Biokimia Klinikal

  • Dalam Biokimia Klinikal, anda akan menguji bahan kimia dalam darah, urin dsb. seperti gula dalam darah, kolesterol, urea, enzim hepar (hati) dan jantung, dsb.


Hematologi

  • Hematologi pula mengkaji darah dan sel-sel darah. Ini merangkumi pengesanan penyakit2 darah seperti leukemia dan talassemia.

Gambar menunjukkan sel darah yang tidak normal daripada pesakit talassemia


Filem darah ini menunjukkan sel darah putih yang tidak normal daripada kes leukemia

Mikrobiologi dan Parasitologi
  • Dalam Mikrobiologi dan Parasitologi, anda akan mempelajari mikroorganisma seperti bakteria, fungus, parasit dsb.
Bakteria


Fungus


Cacing parasit

Sains Transfusi Darah
  • Dalam Sains Transfusi Darah, anda akan mempelajari cara untuk mengetahui kumpulan darah pesakit dan penderma.
  • Anda juga akan mempelajari cara untuk melihat keserasian darah pesakit dan penderma

Histologi dan Sitologi
  • Dalam Histologi dan Sitologi, anda akan menguji dan memeriksa sel dan tisu pesakit.
  • Ini bertujuan untuk mengesan sel-sel kanser.

Anatomi dan Fisiologi
  • Merupakan kajian terhadap tubuh manusia, organ dan bagaimana ia berfungsi
Genetik
  • Mempelajari bagaimana gen manusia berfungsi dan penyakit-penyakit kromosom.
Kromosom seorang lelaki normal

  • Sindrom Down
Individu ini mempunyai 47 kromosom 
(lebihan kromosom ke 21)

TANGGA PEKERJAAN

Tahukah anda, Berdasarkan kajian pekerjaan terbaik di seluruh dunia, Juruteknologi Makmal Perubatan menduduki tangga ke 16 daripada 250 pekerjaan, dan tangga ke 3 dalam bidang sains kesihatan


Kesimpulan

Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan surat tawaran SEGI UNIVERSITY COLLEGE  DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT EMAIL DAN NAMA KURSUS yang diambil, sama ada diploma atau  sarjana muda atau tahun asas kepada AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 Atau emailkan kat ammarmaju@yahoo.com
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال